Mercu
Tanda kampung ini ialah 'MONYET' berkait rapat dengan nama kampung.
Pada mulanya ketika kampung ini baru dibuka pada tahun 1945 secara
rasmi walaupun penerokaan awalnya pada tahun 1908. Kampung ini pada
masa dahulu terlalu banyak monyet lalu yang hidup di kawasan kampung
terutama di kawaan sungai, lalu kampung ini dinamakan Sungai Monyet.
Di zaman penjajahan British semasa Perang Dunia Ke-2, ramai
orang-orang Mat Salleh tinggal di kampung ini, mereka menyebut Sungai
Monyed kerana sebutan perkataan mereka tidak tepat. Sehingga selepas
merdeka kampung ini dinamakan sebagai Kg. Muanad hasil daripada
cantuman dan perkataan SUNGAI MONYET dan SUNGAI MONYED. Ekoran
daripada itu kampung ini memilih MONYET sebagai mercu tanda.







0 ulasan:
Catat Ulasan